Friday, December 4, 2009

Fear tear.

Tomorrow I'm going to help Elina's gorg sistah with her carnival thingy. And since she was looking for petite girls that can fit into S tees, eventhough we (Apam, Marli and I) are not petite at all. Okay lah, aku lah tak petite, kang aku kata korang tak petite, terasa gila terus elmo taknak datang kerja. So we are chosen to fit into those tees and work things out.

Since like forever, I've been having this petrified feeling about my driving, I doubt the possibility of me driving those petite girls to Bukit Jalil tomorrow. Fuck ah, ever since I've got my license and a car to wreck on, I've been thinking real hard to take up another driving lesson just to sharpen my skills. Sumpah setiap kali naik kereta, mesti rasa, HABIS AH MATI AH AKU, HABIS AH MATI AH AKU. And then the seat-belt and the seat itself would be adjusted frequently, kalau boleh, seat tu tarik depan sekali lah memang nerd habis ah bila kereta lain nampak. I wonder if someday, I will become a fine driver, full of courtesy and such complete civility, not a reckless one, that keeps on being horned whenever big cars are waiting behind.

I selalu imagine as if, I am the small belalang in a community with massive, colossal carnivores waiting to rip me off. Am I the only one feeling very insecure about my driving skills or is it natural for fresh P holders to feel that way as first timers?

Sebab aku rasa dah 2 bulan aku dapat P tapi sumpah cuak tu ada lagi. And whenever my guy friends are having my ride, they'll be like, "Kau ingat jalan ni bapak kau punya, orang tu punye jalan ah," or "Iz parking masuk pukul 4.00, pukul 4.06 tak keluar lagi," or "U turun sekarang pergi amek lesen balik,"

Noob how come every guy has the special talent of not having any legal license at all but still manage to drive like Schumacher?

Macam manaaa aku nak drive esok ni. Habis ah, mati ah. Mati aaaah.

Wednesday, December 2, 2009

Statehood state state.

Tinggal kat bumi ni pun boleh rasa macam orang asing yang menumpang. Tiba-tiba aku rasa tak belong dekat sini. Macam susah nak adapt dengan orang sekeliling, keadaan sekeliling. Lepastu takde sape pun boleh faham aku di waktu ini. Memang dalam tahap macam period pain tapi tak. Moody jangan kata, dekat orang kutip surat khabar lama pun aku boleh cari gaduh.

Susah nak rasa macam aku sesuai dengan keadaan-keadaan tertentu. Tiba-tiba tengah gelak, boleh rasa down, lepastu emo sorang-sorang duduk kat tepi katil. Banyak benda aku nak emo sebenarnya sekarang. Sebab aku selalu tak heran dekat emo, tapi Liklik gampang, dia emo, aku pun tiba-tiba emo. Emo sebab aku takleh nak cakap cina. Emo sebab takde kerja. Emo sebab dah tak terer main gitar. Emo sebab facebook kata,"You'll get married at 40". Emo sebab self-esteem rendah. Emo sebab tak lawa. Emo sebab kawan aku semua pakai mini skirt. Tapi aku kena pakai mini skirt ada seluar extra dekat dalam. Emo sebab bila ajak keluar lepak semua nak pergi club. Aku hanya boleh masuk kelab geografi dan sejarah. Emo sebab ada kawan yang nak keluar dengan orang hot je. Bila orang pakai tudung macam aku, kau malas nak layan sangat kan. Kau takyah keluar dengan aku ah, takyah buat alasan nak kasi ikan kau makan. Emo sebab eyeliner nak habis. Jadi takboleh pakai celak tebal-tebal kena jimat sehingga titisan terakhir. Emo sebab tadi goreng telur, kuning pecah.

Bye nak pergi masjid.

**wani sayang yang berada di UK, i miss you sangat. tengah emo ni, bila kau nak call. kau sahaja yang i perlukan sekarang, selain dari balak i. ah tapi dia kuat bekerja, JADI WANI CALL LAH CEPAT.

Monday, November 30, 2009

Thanks Nuffnang!


If you happened to have a Nuffnang account, you could see my lame review about my own blog on their Dashboard. Seriously, LAME GILE -_-"



Bye, I'm going to bury my head in a chocolate fountain. Tak kata pun in the ground. Need to look for a chocolate fountain in town now, bye.

Sunday, November 29, 2009

Because my medulla oblongata still remembers u.

There will be this time in life that you'd be thinking, "Will my classmates back in 1998 still remember me?" or "Does he still recognize my face after 20 years being parted?"

Or whenever you see someone very familiar in Facebook and you tend to add him/her as a friend, but decided not to just because you thought, "Nahh, she won't remember me,"

Or even when you are doing grocery shopping in Mydin nearby and while choosing goods on shelves, suddenly you glanced at this one stick figure that you used to know, who was actually, your Biology teacher back in 2000. But of course, you feel very timid and shy to go and approach her and say Hi-teacher-how-are-you-do-you-remember-me-I-used-to-stick-"Kick Me"-notes-on-your-tudung-haha-good-times-good-times.

We tend to think the people that we used to know might forget us due to lost in touch for a long period. Or when we grew apart, or even decided to disassociate from any gatherings just because we are having the I'm-a-loser-no-one-cares-about-me-or-remembers-my-name thought.

What the hell am I babbling about? So you get the point here, if you feel like approaching someone, what the heck, just go and approach, no need to shy-shy cat or feel like, oh shit, I have so many pimples right now I can't go and show him my latest face, or nahh, I'll say Hi to him on Facebook later. Right now cannot because notchet shave my armpits.

This is all Oprah's fault, so emotional. I cried watching this while mopping the floor. Okay bye, I'm adopting a lion.



**Heh, lama lama tengok, rasa macam yang blonde tu hensem kan. Eee iz gatal.

Wednesday, November 25, 2009

Kerana lama simpan,

Selama kau hidup, kau tunggu buah epal yang paling merah, paling berkilat, paling licin yang tergantung kat atas pokok yang tinggi sangat sehingga tak nampak dek mata kasar. Kau tunggu selama beberapa hari. Tak turun. Jadi kepada beberapa minggu. Tak datang. Tukar kepada beberapa bulan. Tak jatuh. Yang paling menguji kesabaran adalah bila sampai ke perkataan tahun. Sebab satu tahun = 365 hari. Kalau RM 365 bunyi macam mahal kan? Jadi angka 365 memang beri impak sedikit.

Buah epal yng terbaik mesti lah ditunggu-tunggu ramai. Sebab semua orang tunggu ianya jatuh atas tanah, semua berebut, siap tawarkan harga paling mahal. Sebab banyak saingan maksudnya banyak demand. Ramai nak, termasuk lah diri kau sekali. Kerana ramai orang beratur sama untuk sebiji epal merah yang sama, jadi, teman-teman rapat kata, "Weh jom beli epal lain, tak payah buang masa kau,"

Epal lain tak sama dengan epal yang kau tunggu dengan masa emas kau, epal lain kau dah rasa. Tak sedap sangat kan? Macam terlebih biji, takpun kulit terlampau kasar, mungkin isi tak putih sangat. Apa-apa pun, mesti ada benda yang kau nak rengekkan, sebab sebenarnya dalam hati kau, aku nak epal yang atas pokok tu jugak. Tak kira. Degil. Aku kan remaja.

Kira kau dah hampir putus harapan nak tunggu epal yang atas pokok tu. Okaylah. Dahlah, takpayah ah nak mimpi epal tu turun pergi berguling kat kau punya pinggan. Ceh mana boleh, Nabi Adam pun mengidam nak makan buah yang paling dilarang. Ini kan kau si orang biasa.

Tapi, tuhan kan adil. Takkan lah lepas lama nak mampus dia tengok kau tunggu epal tu jatuh tak jatuh jatuh atas tanah, dan kau begitu setia tunggu epal tu jatuh, dia nak biarkan je. Mungkin sekarang kau kena mula percaya pada keajaiban. Walaupun aku tak percaya nenek tua gemuk yang boleh tukarkan buah labu dengan 4 tikus jadi kereta iring yang berkilat berambu dengan 4 orang pemandu yang hensem pakai baju pancaragam sama pattern, tapi aku percayalah sikit keajaiban. Sikit.

Sebab kadang-kadang epal yang kau tunggu tu, boleh jatuh depan mata bai. Dan masa tu kau terharu sampai nak menangis, sebab penantian kau selama ini berbaloi. Sangat.


Tuesday, November 24, 2009

Penat macam harrem.

Tahi-lah, aku dah malas nak tebalkan muka kat depan kamu, kamu, dan kamu semua. Kamu yang kutuk aku kat belakang, tapi aku buat-buat tak tahu, sebab kononnya aku sayang persahabatan kita. Aku macam perempuan terhegeh-hegeh serot benang dengan jarum sebab nak tampal balik perhubungan kita yang banyak lubang-lubang kosong. Aku macam perempuan yang lembab tak faham bahasa, kau dah mengumpat aku kat belakang dan kau dah buang aku dari hati kau, tapi aku masih bertahan dan inginkan kita jadi macam dulu kala. Memang satu padan muka yang besar terpukul kat dahi aku. Sudahlah, aku penat macam harem nak jernihkan keadaan. Dan aku juga penat nak jaga hati kamu dan kamu dan kamu. Aku bukan robot. Aku bukan pakwe korang. Aku pun takde pakwe, siapa nak jaga hati aku bila korang pecahkan? Apa yang aku perlukan sekarang ialah Barney. Kawan terbaik yang pendiam dan selalu senyum walaupun aku tak basuh seluar dalam dan membebel sambil seterika singlet.